Assalamualaikum wbt. .
Saya banyak mendapat email dari saudara-saudara semua yang meminta ilmu melayu yang kononnya menyaingi segala keilmuan di tanah melayu ini yang bernama Amalan 7 Hari. .Entah dari mana mereka mendapatkan sumber ini, tiadalah saya ketahui. .Walaupun keilmuan tersebut pernah saya amalkan suatu waktu dahulu, namun tiadalah saya mengetahui yang ia adalah sehebat yang digambarkan mereka melainkan yang diberitahu oleh guru saya sahaja itulah yang menjadi pegangan saya selama ini. .Dengan berpegang pada kalimat Melestarikan Warisan Budaya, maka di sini akan saya terangkan secara ringkas berkenaan ilmu tersebut agar tidak menjadi suatu misteri pula bagi penggemar dan pemburu keilmuan melayu. .
Nasab keilmuan ini tiadalah saya ketahui secara jelas, melainkan diceritakan oleh guru saya, keilmuan ini didapati oleh seorang pendekar yang pergi bertapa ke sebuah gunung ( Datuk Panglima Gelam namanya kalau tidak silap saya dan gunung itu bernama gunung Angsi, di kawasan Kuala Pilah, Negeri Sembilan ). .Pemergian pendekar ini untuk bertapa adalah semata-mata ingin melengkapkan amalannya yang digelar orang Amalan 7 Hari. .Dan kemudian, keilmuan ini diajarkan pula kepada anak-anak muridnya yang kemudian mengembangkannya pula kepada perguruan yang diasaskan oleh mereka di kampung halaman mereka selepas pada kematian Datuk Panglima Gelam ini. .Dan kemudian tumbuh dan subur di tanah melayu ini sebagai salah satu keilmuan tingkat tinggi yang kebiasaannya dirahsiakan dan dijadikan keilmuan khusus sesuatu perguruan. .
Kelebihan ilmu ini, menurut pada penerangan guru saya adalah berfungsi sebagai pendinding, pagar diri, anti senjata tajam dan tumpul, kekuatan ghaib yang besar, meningkatkan kekuatan batin dan tenaga dalam, kewibawaan, penggerun bagi musuh-musuhnya, penangkal ilmu hitam dan santet yang kononnya diceritakan, pernah ada dukun yang cuba menyihir pengamalnya akhirnya tewas dan musnah sendiri hingga mengakibatkan kematian pula kepada dukunnya walaupun si pengamal tidak langsung melakukan apa-apa. .Ini juga bermaksud, ilmu ini berfungsi sebagai pertahanan semulajadi dan berfungsi secara automatik pabila ada anasir-anasir yang cuba mengancam keselamatan pengamalnya atau pabila pengamalnya berasa terancam, dan ia pula bertindak balas secara automatiknya pula menghancur leburkan ancaman tersebut sehingga pengamalnya berada dalam keadaan aman dan tenteram. .
Nah, disinilah kekuatan ilmu tersebut yang dicari-cari oleh mereka di alam melayu ini yang berminat melanjutkan pembelajaran kebatinan mereka ke peringkat yang lebih tinggi. .Namun keilmuan ini dirahsiakan oleh kebanyakan guru-guru di tanah melayu ini dan hanya murid-murid mereka yang terpilih sahaja yang akan diperturunkan keilmuan ini oleh kerana ketinggian keilmuan ini sendiri. .Saya diperturunkan keilmuan ini oleh guru saya, Pendekar Tua Rembau, Haji Syukor (Almarhum) genap sebulan sebelum pemergiannya. .Dan saya juga, mengikut pengetahuan saya, adalah muridnya yang terakhir yang diperturunkan keilmuan ini selain dua saudara seperguruan saya yang telah terlebih dahulu diperturunkannya, iaitu Abang Mat Isa yang kini bertugas sebagai anggota tentera di Sarawak, dan Abang Yusop yang kini mengasaskan Perguruan Seni Silat Gerak Persaudaraan di Negeri Sembilan. .Hanyalah kami bertiga sahaja yang diamanahkan dengan amanah yang begini besar, untuk mendidik pendekar-pendekar muda dan dilatih untuk mempertahankan tanah air dan agama. .
Namun, sehingga kini, saya hanya pernah memperturunkan keilmuan ini kepada salah seorang murid saya, Edy Triswanto dari Brunei tanpa memberitahunya bahawa keilmuan ini mempunyai khasiat yang sangat besar, melebihi apa yang telah saya terangkan padanya kerana saya bimbang, segala penat lelah saya membimbingnya, meletakkan beliau di bawah pengawasan saya dalam penurunan ilmu, mencurahkan keilmuan saya supaya satu harinya beliau akan menggantikan tempat saya, akan hilang apabila niat beliau akan terpesong dalam mengejar kesaktian semata-mata tanpa mengambil kira lagi tawakal dan istiqamah serta menyerahkan segala ketentuan pada Yang Maha Esa. .
Tetapi, dengan khasiat ilmu ini yang begitu besar, tidaklah elok saya menyimpannya sendiri. .Mana tahu ia mungkin berguna pada saudara-saudara pula. .Atas semangat Melayu Raya, maka dengan lafaz Bismillah, saya perturunkan keilmuan ini kepada saudara semua sebagai salam persaudaraan dari saya. .
Tata Lakunya :
Amalan ini harus dimulai pada hari petang ahad ( selepas Maghrib ), dan harus dihabiskan pada petang ahad juga. .Iaitu seminggu selepas permulaannya. .Amalan ini haruslah dilakukan setiap hari selama 7 hari berturut-turut tidak boleh putus. .Jika telah terputus amalannya, hendaklah dimulai semula hinggalah lengkap tatacara dan pengamalannya. .
Cara Lakunya :
Pada hari Ahad, selepas maghrib, hadiahkan surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali kepada guru yang memberi ilmu ini ( Boleh ditujukan pada saya, atau boleh juga pada guru saya, Pendekar Tua Haji Syukor ) dan bacalah Ya Hayyu Ya Qayyum sebanyak 500 kali. .
Khasiatnya : Anda akan dipelihara oleh 5000 malaikat. .
Pantangnya : Jangan dimakan sirih pinang dan ramuannya seperti gambir, kapur, jintan dan sebagainya. .
Pada hari Isnin, selepas Maghrib, bacalah Ya Rahman Ya Rahim sebanyak 400 kali. .
Khasiatnya : Anda akan dipelihara oleh 4000 malaikat. .
Pantangnya : Jangan makan benda bernyawa termasuk ikan, sotong, udang dan telur selama sehari semalam. .
Pada hari Selasa, selepas Maghrib, bacalah Ya Malik Ya Quddus sebanyak 500 kali. .
Khasiatnya : Anda akan dipelihara oleh 5000 malaikat. .
Amalannya : Berpuasa selama sehari semalam. .Tidak boleh makan dan minum. .
Pada hari Rabu, selepas Maghrib, bacalah Ya Rabb Ya Mannan sebanyak 700 kali. .
Khasiatnya : Anda akan dipelihara oleh 7000 malaikat. .
Pantangnya : Jangan memakan makanan bergaram selama sehari semalam. .
Pada hari Khamis, selepas Maghrib, bacalah Ya Alim Ya Azim sebanyak 800 kali. .
Khasiatnya : Anda akan dipelihara oleh 8000 malaikat. .
Pantangnya : Tidak boleh meminum air untuk tempoh sehari semalam. .
Kegunaannya : Ditakuti dan digeruni oleh sekalian haiwan buas dan mendapat limpah kurnia Saidina Ali r.a
Pada Hari Jumaat, selepas Maghrib, bacalah Ya Syaafi Ya Mugni sebanyak 600 kali. .
Khasiatnya : Anda akan dipelihara oleh 6000 malaikat. .
Pantangnya : Jangan makan makanan yang dimasak dengan api selama sehari semalam. .
Kegunaannya : Dilepaskan dari sebarang bahaya dan diterangkan hati dan mendapat syafaat Nabi Muhammad S.A.W.
Pada hari Sabtu, selepas Maghrib, bacalah Ya Fattahu Ya Razzak sebanyak 400 kali. .
Khasiatnya : Anda akan dipelihara oleh 4000 malaikat. .
Pantangnya : Tidak boleh tidur selama sehari semalam. .
Kegunaannya : Ditakuti dan digeruni oleh sekalian makhluk bernyawa yang boleh memudaratkan dan dilimpahi kurnia Nabi Nuh A.S. .
Pantangan amalan ini hanyalah pada waktu pengamalannya sahaja, dan pada minggu depannya, iaitu hari Ahad selepas Maghrib, sudah bolehlah makan dan minum seperti biasa. .Jika ingin mempertajamkan keilmuan ini, boleh juga dilakukan sebulan sekali. .Jika tiada upaya, memadai dilakukan tiga bulan sekali dan jika masih tiada upaya, memadailah dilakukan enam bulan sekali. .Dan jika dianggap masih tidak berupaya melakukannya, bolehlah diamalkan setahun sekali. .Ilmu ini bagi mereka yang sudah mempunyai asas tenaga batin atau tenaga dalam dan sudah agak kuat tenaga batinnya. .Manakala bagi pemula, biarlah sekadar dijadikan koleksi dahulu dan diamalkan pabila sudah terasa bersedia. .
Zul Kapan.
Pelabuhan Klang.
Malaysia.
0 komentar:
Posting Komentar