
Gambar hantu ini di kirimkan melalui Facebook tidak lama dulu. Gaya macam kat Shah Alam. Takde pulak info disertakan sersama gambar ini. Tak dapat dipastikan adakah amoi sama sibuk nak posing ke ataupun benar-benar penampakan hantu.


gmbr yg saya hntr ni, berlaku di salah satu IPTA di negara ini (maaf, saya xdpt sebut)..kami mengajar di IPTA tersebut.Pada mlm tu, kami menganjurkan program Debate in English, and a friend of mine tgh dukung anak kepada kwn. Mase tgh tangkap gmbr tu, xde sape2 kat kawasan tu sbb semua students berada didalam class. We only noticed ada benda dibelakang kwn saya lepas gmbr ni diupload di facebook (maaf, terpaksa tutup muka kwn and anak kwn). Yang peliknyer, kami berada di tingkat 3. yg saya perasan, benda tu berada diluar tingkap, dan tiada siapa boleh keluar dr tingkap tu.Walaupun ada pintu,-utk technician keluar baiki aircond tetapi pintu tu mmg berkunci. kalau ada students luar dr tingkap tu, kami akan marah mereka tetapi, sbb xada sesiapa pun diluar tu. saya sebagai tenaga pengajar di IPTA tersebut xpernah melalui nya lg, tetapi selepas melihat gmbr ni.saya sendiri terkedu. wallahualam.

Assalamualaikum...Sy Idan berasal dr Mentakab, Pahang nak kongsi satu gambar aneh ditangkap secara tak sengaja kat satu taman rekreasi di Temerloh. Gambar ni diambik oleh member sy yg g dating kat taman ni dlm pkl 10 lbh pd bln Jun br2 ni.Kalau skali imbas, memang xnmpk apa2 pn dlm gambar ni. Tp cuba zoom dkt2 kt pinggang sebelah kanan lelaki ini. Apa yg anda lihat?Taman ni pn br je dibina dan sblm ni adalah kawasan hutan. Jalan ke taman ni mmg popular utk mat rempit menjalankan aktiviti sukan permotoran haram. Dan ada cerita dari penduduk di sekitar ini mengatakan selalu terjadinya kemalangan ngeri akibat ketidaktereran mat rempit ni beraksi. So, gambar ni jgk dikaitkan dgn kemalangan yg selalu berlaku. Tp sejauh mana kebenarannya..i don no..Pengawal keselamatan taman ni sendiri ada pengalaman pondok pengawalnya yg selalu digegar mcm nk roboh bila malam tiba. Sekarang taman ni dh tak dibenarkan masuk utk umum lps pkl 8 mlm sejak gambar ni tersebar.Harap dapat dikongsi bersama...

Seorang pelukis manga di Jepun, Shintaro Kago pernah menghasilkan sebuah cerita mengenai pontianak. Cerita ini berdasarkan hantu pontianak yang popular di Malaysia. Namun cerita ini diberi sentuhan 'guro' (seksual/ganas). Sentuhan istimewa guro dalam penceritaan pontianak ini memberi nafas yang baru kepada lagenda pontianak yang mengerikan ini.

Cerita ini mengisahkan watak utama seorang gadis yang mewarisi darah pontianak. Kepalanya akan terpenggal dari badan bersama-sama isi perutnya ketika dia mengalami klimaks. Keadaan ini menyebabkan dia menjadi sunyi dan seterusnya mengeksploitasikan kebolehannya untuk keuntungan.

Cerita guro pontianak yang hanya setebal 16 mukasurat ini sangat-sangat tidak sesuai untuk bacaan mereka di bawah 18 tahun (atau bacaan orang timur seluruhnya). Jesteru di sini hanya dipaparkan contoh sahaja.
Kalau nak, hantar emel.

Kiriman gambar kali ini dihantar oleh Mohd Azlan. Gambar hantu ini popular beberapa tahun yang lalu. Kini kami paparkan kembali untuk analisis pelawat-pelawat baru. Sesiapa yang memiliki gambar yang lebih besar, sila hantarkan kepada kami.
Update : Mohd Azlan menhantar info ini:
"gambar hantu sebenarnya bukan dekat apartment mont kiara. sebenarnya dia diambil oleh sorang budak praktikal(budak taiping,perak)yg sekali praktikal dgn aku.gambar tu disahkan oleh aku mmg gambar betul.gambar tu diambil di satu flat di butterworth,rumah kawan dia.dia tangkap gmbar kawan dia guna kamera nokia sembilu.masa dia ambil gambar tu sebenarnya terdapat kabus/asap putih dibelakang kawan dia.bila dilihat didlm hp barulah nampak ganbar tersebut,apalgi cabutla diorang."

Hantu puntianak dikatakan sering menjelma sebagai wanita cantik yang berjalan seorang diri dijalan yang sunyi. Oleh itu, cerita ini kemungkinan bertujuan menghindari golongan wanita daripada diganggu oleh pemuda-pemuda yang takutkan puntianak ketika berjalan seorang diri di jalan yang sunyi.
Gambar : Pontianak Tampines yang glamer itu
Copyright © 2011 Percaya Gak Percaya · Design by HackTrix
Bloggerized by Free Blogger Templates | Blogging Teacher