Paling besar di dunia.
Kamis, 25 November 2010
Rabu, 24 November 2010
Gambar Pontianak?

Gambar hantu ini di kirimkan melalui Facebook tidak lama dulu. Gaya macam kat Shah Alam. Takde pulak info disertakan sersama gambar ini. Tak dapat dipastikan adakah amoi sama sibuk nak posing ke ataupun benar-benar penampakan hantu.
Jesteru komentar dan pandapat anda sangat dialu-alukan.
Nota : Kini anda boleh meninggalkan komen melalui akaun Facebook anda. Cubalah!
Senin, 22 November 2010
Gambar Hantu Di Mengkarak
Gambar Hantu kali ini dikirimkan oleh seorang sahabat. Gambar ini diambil di Kampung Mengkarak, Bera, Pahang. Pengirim berkata ketika gambar diambil memang takde entiti putih kat sebelah budak tu. Pengirim menyertakan teks berikut.. err.. saya harap anda semua biasa dengan telor Pahang: Koi dapat gambo ni dari seorang rodong Kampong koi di dalam daeroh Bera ni,dia ckp semasa gambo ni ditangkap mmg takde pun perempuan/kanak2 baju putih tu sdg berjalan kat situ,masa tu dah nak senja,budak kecik yg cangkung tu demam pada malam tu..wallahualam..
perhatikan kaki nye seperti tak jijak ke bumi..aokme nilaikan lah..wallahualam.
Ok, luangkan sedikit masa anda untuk renung gambar ini. Memang kaki dia tak jejak tanah. Muka pun tak nampak. Gambar diambil time senja. Orang kata time senja ni memang banyak makhluk halus berkeliaran.
Apa-apa hal saya serahkan kepada pembaca yang bijaksana untuk menilaikannya. Teruskan menghantar gambar-gambar hantu kepada kami.

Jumat, 19 November 2010
Lagi Hantu Menumpang Di Dalam Gambar

Kata orang, kalau tak cukup ahli pasukan ketika ekspedisi, cepat pergi cari. Tapi kalau terlebih diamkan sahaja. Encik Zaril mengirimkan gambar yang pelik ini.
Teks berikut disertakan:
salam sume...gambar ni aku ambil tym buat experiment biology di salah sebuah kolejmatrikulasi yg aku blaja pada thun ni,2010.....aku x pasti ape bende yg bertandang diantara membe aku yg berbulat merah tu....saje nak kongsi ngn kome...
Nampak gayanya ada sesuatu entiti yang cuba menumpang di dalam gambar ini. Kalau manusia sekalipun, mana kakinya? Agak menyeramkan.
Terima kasih kepada pengirim. Teruskan mengirim gambar hantu anda kepada kami.
Senin, 15 November 2010
Gambar Hantu Tepi Semak (Kuala Kerai, Kelantan)

Rumah tinggal memang sarang hantu. Ketiadaan penghuni di dalam rumah menyebabkan entiti-entiti lain menjadikan kawasan tersebut tempat tinggal mereka.
Gambar ini dikirimkan oleh Saudara Fakhruddin. Gambar ini juga adalah screenshot dari video yang beliau ambil di Kuala Krai, Kelantan. Resolusinya terlalu kecil untuk dikaji dengan lebih teliti.
Pengirim menyertakan teks berikut:
Video ni (telah di capture)diambil semasa adik saya pulang dari sekolah, dia saja-saja ambil video ni. Rumah kat sebelah hantu tu dah lama tak didiami orang. Blakang rumah tu pun penuh semak samun. Jd tak logik klu orang nak pegi belakang rumah tu. Lokasi Kubang Lebur, Kuala Krai Kelantan. Dengar kata juga ni adalah tapak hospital zaman dulu(tak tau btul ke tak).
Diharapkan agar Saudara Fakhruddin dapat mengirimkan kepada kita video yang dimaksudkan untuk kita nilaikan bersama-sama.
Tinggalkan komentar anda dan teruskan menghantar gambar hantu anda kepada kami.
Jumat, 12 November 2010
Gambar Hantu di Seksyen 12 Shah Alam

Gambar hantu yang ni kena perhati betul-betul. Ada nampak?
Teks berikut disertakan oleh pengirim gambar, Anas:
Gambar ini diambil pada 22/10/10. Semasa itu saya dan beberapa org rakan saya telah pergi ke rumah yang dikatakan berhantu ini pada jam 3.30 pagi. Tiada apa yang berlaku, hanya apabila kami pulang dan melihat gambar, kami terperasan ada sesuatu dibelakang rakan saya.
Apa pendapat anda?
Selasa, 02 November 2010
Penampakan Entiti Misteri Di Pulau Tioman

Adakah ini gambar hantu yang sama-sama mendiami bilik ini?
Gambar ini dikirimkan oleh Jehan. Teks berikut disertakan bersama-sama gambar:Picture ni diambil sewaktu saya dan sepupu ke Tioman atas urusan kerja..Asalnya ambik pic ni utk tunjuk kepada member2,bilik yg kami tidur beserta kawasan sekeliling..tp bila dah sampai rumah,kami br perasan 1 pic ni agak pelik sikit..Gambar ini diambil pada October 2009,tiada flash digunakan,dan diambil pada waktu sia...ng..saja nk berkongsi dgn rakan2 kita semua =)
Cuba korang perhatikan dengan teliti gambar ni apa yang korang nampak?
Kita ucapkan terima kasih kepada Encik Jehan.
Kepada yang lain, teruskan menghantar gambar hantu anda kepada kami.
Entri Populer
-
Asmak Malaikat adalah sebuah ajaran spiritual jawa yang inti ajarannya adalah memohon kepada Tuhan agar kita diberi pertolongan melalui pera...
-
Direktur Museum National History Museum (NHM) di Bulagria mengatakan, pihaknya menemukan vas Yunani kuno dengan gambar adegan hubungan bada...
-
Penampakan Hantu | Penampakan Hantu Wanita Kamar Loteng Ceriwis Indonesian
-
Penampakan Alien | Tanpa Sengaja Merekam Penampakan Alien Hutan Amazon Foto Video
-
10: Jerry Hall (ex-Mick Jagger) Mick Jagger,penyanyi kondang ini mulai mengencani Hall, di saat yang sama juga mengencani Bianca. Setelah ...
-
Ilmuwan asal Inggris memperkirakan gas metana yang dibuang oleh Sauropoda, termasuk spesies Brontosaurus, pada masa lalu telah mengubah ik...
-
Ranah internet dikejutkan dengan aksi korporasi Facebook yang mengakuisisi Instagram. Tentu saja ini sangat mengejutkan, terlebih situs besu...
-
Sering dengar ungkapan "ular berkepala dua" ? Sebenarnya tidak hanya sekedar ungkapan, makhluk ini memang ada di alam sana dan kem...


