Selasa, 15 Juni 2010

Gambar Hantu : Tiada Penjelasan Bagi Gambar Ini

0 komentar
Ok, kadang-kadang kita dapat gambar yang mengejutkan dan menakutkan, tapi langsung takde penjelasan. Macam yang ni. Entah apa yang berlaku kat sini kita tak tau. Sesiapa ada maklumat minta kongsi bersama ya.

Kamis, 10 Juni 2010

Gambar Hantu UiTM Machang, Kelantan

0 komentar


Gambar penampakan hantu kali ini dikirimkan oleh.. oleh sapa ye.. Arif rasanya. Tengok kat belakang anak gadis tu, ada macam kepala orang kat sebalik tingkap.

Pengirim menyertakan teks tersebut:
nih gmba kawan aku... dia amik kat uitm tmpat aku ngaji...time nih smua student dah cuti sem. tggl budak2 yg amik kursus keusahawanan jer..
time tuh pkul 11 lbih lar(baru abis kursus kat bilik kuliah). dia saje2 jer amik gmbar time tuh... biler balik bilik nampak benda tuh... trus diorg xleh tido mlm tuh...
location uitm machang kelantan, blok A, blakang tuh tandas lelaki...
Lokasi: UiTM Machang, Kelantan. Blok A, Tandas lelaki.


Memang ada makhluk lain yang berada di sekeliling kita. Kadang-kadang 'mereka' ini sentiasa memerhati apa yang kita buat. Tu la orang kata, lepas abih kuliah balik bilik terus, jangan merayau-rayau ambik gambar. Dah terambik gambar hantu. Ada apa-apa ke kat UiTM Machang ni? Dengar cerita kawasan dia keras. Sapa-sapa budak UiTM Machang kat sini?!

Apa-apahal kita percaya pembaca GambarHantu bijak menilainya. Terima kasih kepada pengirim. Teruskan menghantar gambar hantu kepada kami.

Senin, 07 Juni 2010

Hospital Lady Templar, Cheras

0 komentar


Hospital ni mula dibina pada Oktober 1952. Hospital ni untuk pesakit TB. Ia ditutup pada tahun 1985, dan beberapa bangunan digunakan sebagai Poliklinik Cheras. Suasana sekeliling dikatakan sungguh menyeramkan, kalau pegi waktu siang sekalipun boleh naik meremang bulu roma. Kini semuanya dah dirobohkan kecuali satu bangunan sahaja yang tinggal.

Tak tau la berhantu lagi ke tidak sekarang ni.

Boleh tengok kat Google Maps menggunakan link ini.


Lagi gambar di sini.

Minggu, 30 Mei 2010

Fenomena Misteri di Kampus Puncak Perdana, UiTM Shah Alam

0 komentar

Gambar kiriman Taufik Amarasikin ini sungguh pelik. Kelihatan seperti sesuatu menerjah keluar dari bilik tersebut. Fenomena apakah yang menyebabkan penampakan sebegini terjadi?

Pengirim menyertakan teks berikut:

salam sejahtera..
saya terjumpa blog pasal gambar2 hantu masa dok tgk kt google..
pastu tetibe teringat ade satu gmbr yg pernah sya snap masa kt dulu2... tarikh ialah 22 April 2007, jam 11:30 pm. Masa tu sya msh pakai hanpon Nokia 3230. Ni gmbr original. xde edit pn.. snap gmbr tu sbb awan mlm sgt cantik.. pastu bila tgk kt hanpon, ade cahaya dari bilik tingkat paling atas blok perempuan.. pelik..
munkinkah biasan cahaya atau sememangnya ade entiti kt situ?

Mungkin ini ralat fotografi ataupun Encik Taufik benar-benar telah berjaya merakam satu entiti ataupun fenomena ajaib yang jarang-jarang berlaku. Apa-apahal terserah kepada anda untuk menilainya.

Senin, 10 Mei 2010

Gambar Hantu Lidah Hijau

0 komentar

Gambar Hantu mulut hijau ni dikirimkan oleh Afiq. Lokasi adalah sebuah sekolah di Melaka. Menurut pengirim:

gambar ni amik sekitar tahun 2008 masa wa skolah asrama dekat melaka.ni gambar barbeque lepas amali sembelih ayam (petang) sebelum barbeque(malam). lu perati ada lembaga belakang ustaz wa yang pakai baju celcom tu. setahu wa memang tak ada member wa muka cenggitu. dekat mulut lembaga tu ada warna hijau. nampak gaye macam budak kecik.


Rupa gambar hantu ni memang macam budak kecik. Kalau nak kata budak tu dukung belakang brader tu pun tak logik jugak. Ini memang kes hantu menumpang dalam gambar. Klik untuk dibesarkan dan terserah kepada anda untuk menilainya.

Terima Kasih kepada Afiq

Rabu, 05 Mei 2010

Gambar Hantu Kat Penang Free School

0 komentar

Gambar hantu dikirimkan oleh Aji dari Batu Pahat. Tengok dengan teliti kat tengkuk akak yang kat tengah-tengah tu (klik untuk besarkan).

Menurut Aji:
salam.. ha..ni la gambo satu lg yg aku ckap tu..
gambo ni di ambil kat penang free school, penang.. ni gambo grup mbe aku.. cube tgk ape bende kat tengkuk dak pompuan tu.. mase gambo ni diambil, ktorg xperasan pon..bile dah balik asrama tgh sebuk nk tgk gambo kitorg tangkap kat sane, nah..ambik..
gempar satu asrama..(dak2 kelas kitorg je la..)
mase ni ktorg trip ke penang sbb nk wat condition survey kat penang free school sbb sruktur bangunan ni dah lame tp tetap teguh berdiri.. lgpun bangunan skolah ni dibina pd thun bile ek..tp dah berusie lebey seratus thun la..
mse kesane ktorg mmg dah disuruh jage adab sbg tetamu, dan dbgtau kawasan skolah ni agak keras..tp spanjang ktorg kat sane alhamdulillah xjumpe direct la..
wallahu a'lam

Bangunan lama memang macam-macam 'benda' dah bersarang kat situ. Kalau datang kena jaga sikit adab dan tingkah laku. Tapi kadang-kadang mende ni saje je nak menyakat kita.

Terserah anda untuk menilainya.
Teruskan menghantar gambar hantu. Email ada kat sebelah. Kalau malas sangat, upload kat Facebook je. Terima kasih kepada Aji dari Batu Pahat. Senang-senang nanti kita pekena main dam aji satu round orait?!

Kamis, 08 April 2010

Gambar Hantu Kelibat Nenek Misteri

0 komentar
Gambar hantu kali ini dikirimkan oleh Aji dari Batu Pahat, Johor. Ada dua keping gambar berasingan dia hantar. Tapi kita up yang ni dulu la.

Kalau tengok gambar hantu ni macam gambar blur biasa je sebab budak tu gerak-gerak masa ambik gambar. Tapi kalau perhati betul-betul imej kedua yang bertindih tu mukanya lain sikit rupa parasnya.

Nak cerita banyak pun tak guna, kita baca je sedikit info dari Aji yang beliau sertakan sekali dalam gambar ini:

salam..aku ade 2 gambar antu yg real, aku simpan..yg satu lg ntah mane letak..aku ngah crik..
ok, yg ni citer die camni, berlaku kat pangsapuri beringin umah die bawah umah kakak aku tingkat 2 (kakak aku tingkat 3).. si emak budak dlm gambo ni tangkap gambo anak die gune hebset (brand ape aku tau)...
die capture gambo ni 3x tau..kali pertame die tgkap, blur..kali ke2 die tagkap pun blur..kali ke 3 blur gak..(2 gambo 1st tu die dah delete).. die xpuas hati die tgk btol2 ape bende yg wat gambo ni blur sbnrnyer..sekali upe2nyer ade nenek mane ntah menumpang..die kate, mb gmbo 1st ngan 2nd tu pon ader makhluk terbabit gak..
beberape hri sblm kejadian, ank die yg dlm gambo ni mmg ader berperangai pelik..takut nk kebilik air..slalu x..tiap kli dak ni takut ke bilik air mak die marah sbb mak die xsyak la ade antu ke ape kan..sampai la trtangkapnyer gambo tersebut baru la mak die tau nape ank die takut nk ke bilik air..
gambo ni aku dapat direct dr memory card henset die..aku save terus kat pc..
sape nenek tu, wallahua'lam..

Benar atau tidak, terserah kepada anda.